Rabu, 10 Februari 2010

Cara Menjahit



Belajar menjahit adalah satu proses berperingkat dimulai dengan mempelajari bagaimana mengambil ukuran yang betul. Seperti yang kita tahu bahawa setiap individu mempunyai bentuk tubuh yang tersendiri. Tanpa ukuran yang tepat sudah pasti hasil jahitan tidak menampakkan ciri-ciri persesuaian terhadap badan kita.

Bagi mereka yang baru hendak belajar cara menjahit atau ikut Kursus Menjahit perlu mengetahui cara menderaf pola mengikut ukuran yang tepat. Penyediaan pola memudahkan anda untuk memotong fabrik. Selain dari itu perlu juga memahami ciri-ciri sesuatu fabrik untuk mendapatkan efek yang kreatif. Kepadanan pakaian bergantung kepada pemotongan bahagian-bahagiannya. Bahagian yang tidak seimbang akan menarik perhatian dan sudah tentu tidak selesa memakainya.

Walaubagaimanapun cara menjahit baju kurung atau baju melayu tidak memerlukan pola tetapi sekadar lipat dan potong sahaja. Ini kerana potongan bahagiannya adalah lurus kecuali pada bahagian leher. Yang penting adalah cara jahitan atau teknik menjahit mesti difahami terlebih dahulu.

Jika kita mengikuti prosedur-prosedur cara menjahit yang sistematik dan betul dalam pembuatan pakaian, hasilnya kelihatan cantik apabila ia padan dengan pemakainya. Penambah seri kepada baju seperti jahitan manik dan sulaman menjadi aset dalam industri pakaian kini. Untuk itu cara menjahit manik atau sulaman yang innovatif menjadi sumber bagi mereka yang meminatinya. Mudah-mudahan berguna bagi anda yang baru belajar dan ikut Kursus Menjahit.

CaraMenjahit.com

Related Posts by Categories

Tidak ada komentar:

Posting Komentar